Adakah selamat gugurkan kandungan

Rawatan 

Kesihatan

Penerangan

Kesihatan Kulit

Pemakanan Sihat

Kesihatan Mulut

Kehamilan

Badan Sihat

Kesihatan Seksual

Kesihatan Mata

Kesihatan Mental

Sihat Pada Usia Emas

Tidur Berkualiti

Kesihatan Jantung

Laman Utama

Kesihatan semasa hamil


Awas!!JANGAN Gugurkan Kandungan Sendiri,ia akan membawa KEMUDARATAN


Ditulis  30/08/2021 Disemak secara perubatan oleh Dr.Azim Hj.Othman(u.p.m)

Didalam kehidupan terdapat pelbagai masaalah,namun yang berlainan nya bagaimana kita mengatasi masaalah tersebut, terdapat ramai wanita yang mempunyai masaalah kehamilan yang tidak diingini,antaranya penyebabnya wanita terlanjur atau dirogol,ibu hamil yang mengalami masalah kesihatan atau masaalah ekonomi,namun bukan mudah untuk gugurkan kandungan,ia melibatkan kekuatan mental, fizikal dan ekonomi untuk menggugurkan kandungan,namun terdapat wanita yang terdesak untuk menggugurkan kandungan melakukan dengan kaedah yang merbahaya kan kesihatan,bahkan  boleh menyebabkan kematian,ini disebabkan wanita yang ingin menggugurkan kandungan mudah percaya dengan info2 pengguguran yang tidak tepat,lebih-lebih lagi mengetahui cara pengguguran dengan ubat yang murah, tanpa mengambil tahu samada selamat atau sebaliknya,bukan nya semua kaedah tidak selamat, sebaiknya buat sedikit kajian dan dapatkan lebih banyak info tentang kaedah atau produk pengguguran kandungan yang ingin diguna kan,                                                   Pengguguran bayi adalah selamat jika ia dilakukan dengan kaedah dan panduan yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengikut tempoh kehamilan serta perlu dibuat oleh individu yang terlatih, terdapat pengguguran yang boleh dilakukan menggunakan ubat atau prosedur pesakit luar yang mudah.

Walau bagaimanapun, prosedur menggugurkan kandungan boleh menyebabkan bahaya jika:                                 -Ia dilakukan oleh individu tanpa kepakaran atau kemahiran

-Dilakukan di persekitaran yang tidak mematuhi standard perubatan minimum

-Tidak mengikut cara penggunaan yang ditetapkan dengan betul

-menggugurkan kandungan dengan benda atau makanan yang tajam atau secara kekerasan

-Tidak mengkaji kaedah pengguguran selamat atau sebaliknya

-menggugurkan kandungan dengan dadah atau minuman beralkohol

-individu, kemahiran dan standard perubatan selamat dalam prosedur pengguguran kandungan adalah berbeza bagi prosedur pengguguran perubatan mahupun prosedur pengguguran pembedahan.

-Punca menggugurkan kandungan dengan cara tidak selamatKemahiran dan standard perubatan yang diperlukan untuk proses pengguguran kehamilan selamat juga berbeza-beza bergantung kepada tempoh kehamilan serta perkembangan teknologi semasa.

-Kesan pengguguran bayi menjadi kurang selamat apabila dilakukan dengan menggunakan kaedah ketinggalan zaman seperti alatan tajam, curettage sekalipun dilakukan oleh individu terlatih

-Pengguguran juga tidak selamat jika ibu hamil menggunakan ubatan yang tidak mempunyai akses maklumat tepat

-Pengguguran kehamilan adalah berbahaya atau tidak selamat apabila melibatkan pengambilan bahan kaustik (caustic substance) atau individu tidak terlatih menggunakan prosedur berbahaya seperti benda asing atau penggunaan ramuan tradisional


Wanita, termasuk remaja, dengan kehamilan mengejut yang tidak diingini sering memilih untuk menggugurkan kandungan menggunakan kaedah pengguguran yang tidak selamat.      Keadaan ini sering berlaku terutamanya melibatkan keadaan seperti:

(1)Kekangan undang-undang

(2)Kurang pilihan perkhidmatan yang baik

(3)Kos yang tinggi

(4)Stigma masyarakat sekeliling

(5)Tidak bersedia bergelar ibu

(6)Hamil hasil pemerkosaan

Berdasarkan data tahun 2010 hingga 2014, dianggarkan terdapat kira-kira 25 juta kes pengguguran tidak selamat yang dilaporkan. Daripada jumlah itu, ⅓ atau kira-kira 8 juta prosedur menggugurkan kandungan dilakukan oleh individu tidak terlatih dengan menggunakan kaedah berbahaya dan invasif.

KESAN PENGGUGURAN KANDUNGAN SECARA MERBAHAYA

-Mana-mana wanita dengan kehamilan yang tidak diingini dan tidak mempunyai akses untuk melakukan pengguguran secara selamat akan berisiko menggugurkan kandungan dengan sendiri.

-Wanita yang tinggal di negara berpendapatan rendah dan miskin lebih cenderung untuk melakukan pengguguran cara ini.

-Risiko kematian dan kecederaan akan meningkat sekiranya prosedur menggugurkan bayi atau janin secara tidak selamat dilakukan.

-Kadar pengguguran tidak selamat lebih tinggi di mana akses kepada alat kontraseptif berkesan dan prosedur pengguguran selamat terhad atau tidak tersedia.

Jika dilihat situasi di Malaysia, kebanyakan kes pengguguran sendiri atau secara haram ini biasanya berlaku disebabkan masalah keterlanjuran pasangan.


Maka pilihan yang paling mudah adalah untuk menggugurkan kandungan.


Anda mungkin berasakan ia bagaikan drama petang pukul 7 malam. Namun malangnya, itulah realiti yang berlaku. Cuma mungkin ia tidak terjadi dalam kalangan individu yang anda kenali.


Komplikasi pengguguran tidak selamat

Lanjutan daripada prosedur pengguguran yang berbahaya, individu wanita tersebut akan berdepan pelbagai risiko yang boleh mempengaruhi kualiti hidup dan kesejahteraan mereka.


Dalam sesetengah keadaan, ia boleh mengakibatkan komplikasi yang meragut nyawa.


Komplikasi utama yang mengancam nyawa kesan pengguguran bayi secara sendiri atau menggunakan kaedah tidak selamat adalah:


Pendarahan

Jangkitan

Kecederaan pada faraj dan organ dalaman

Prosedur menggugurkan kehamilan yang berbahaya dan dilakukan dalam persekitaran tidak selamat pula boleh mengakibatkan komplikasi seperti:


Pengguguran tidak lengkap – kegagalan membuang atau menyingkirkan semua tisu kehamilan daripada rahim

Pendarahan (pendarahan berat)

Jangkitan

Perforasi rahim (uterine perforation) – disebabkan rahim dicucuk oleh objek tajam

Kerosakan pada saluran kemaluan dan organ dalaman dengan memasukkan objek berbahaya seperti tongkat, jarum mengait atau kaca pecah ke dalam faraj

Tanda dan simptom

Penilaian awal yang tepat penting untuk memastikan rawatan bersesuaian dan segera dapat dilakukan melibatkan komplikasi kesan pengguguran bayi sendiri dan tidak selamat.



Tanda dan gejala komplikasi kritikal yang memerlukan bantuan perubatan segera adalah:




Pendarahan faraj yang tidak normal

Sakit perut

Jangkitan

Kejutan – keruntuhan sistem peredaran darah (collapse of the circulatory system)

Umumnya, komplikasi pengguguran yang tidak selamat mungkin sukar untuk didiagnosis.


Sebagai contoh, wanita dengan kehamilan luar rahim atau ektopik mungkin mempunyai gejala yang serupa dengan pengguguran yang tidak lengkap.


Kehilangan nyawa

Melakukan pengguguran sendiri atau menggunakan kaedah tidak selamat bukan perkara baharu.


Mungkin kandungan tersebut berjaya digugurkan, tetapi malangnya ada komplikasi kesihatan jangka panjang yang akan dialami, bahkan risiko maut juga tinggi.


Jika anda mengetahui ada individu yang dikenali merancang menggugurkan kandungan sendiri, nasihatkan mereka untuk memilih jalan selamat.



Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.


Sumber Rujukan


ARTIKEL BERKAITAN


Lelaki Juga Berisiko Jadi Punca Isteri KEGUGURAN - Ini Antara Sebabnya!

Benarkah Stres Salah Satu Punca Keguguran?

Ini Tip Hamil Kembali Untuk Ibu Keguguran, Tapi Kena Ikut Cara & Tempoh Berpantang Ini

Masih Takut-takut Untuk 'Bersama' Selepas Keguguran? Suami Isteri Kena Baca Ini!

Terfikir Untuk Gugurkan Kandungan? Ambil Tahu Kesannya Pada Fizikal & Mental Ini Dahulu

Lelaki Juga Berisiko Jadi Punca Isteri KEGUGURAN - Ini Antara Sebabnya!

Benarkah Stres Salah Satu Punca Keguguran?

Hello Doktor mahu menjadi rakan kongsi anda yang paling dipercayai untuk membuat lebih banyak keputusan yang tepat bersama, dan hidup dengan lebih sihat lagi bahagia.


Ikut kami


Info KesihatanAlat Kesihatan

Informasi


Terma dan Syarat


Polisi Privasi


Polisi Editorial


Polisi Pengiklanan


Garis Panduan Komuniti


Hello Health


Tentang Kami


Bio Eksklusif


Pengambilan


Pengiklanan


Hubungi Kami


©2021 Hello Health Group Pte. Ltd. Hak Cipta Terpelihara. Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Comments

Popular posts from this blog

Bahana gugur kandungan